1- Apakah produk-produk Great Eastern Takaful?
i-Great Damai, i-Great Abadi, i-Great Amal dan i-Great Iqra’
2- Apa itu takaful?
Takaful merupakan KONSEP saling membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru' (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan
3- Apa itu tabarru’?
Tabarru’ meruapakan KONTRAK yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam skim takaful yang berkenaan.
4- Beza takaful berbanding insurans?
5- Apakah jenis-jenis takaful yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful?
Produk berkaitan pelaburan (ILP) i-Great Damai i-Great Abadi i-Great Iqra' Tradisional i-Great Amal
6- Apa itu i-Great Damai? Merupakan takaful keluarga yang memberi perlindungan komprehensif kepada peserta semasa hayat dan manfaat kewangan kepada waris-waris peserta apabila peserta meninggal dunia.
7- Apa itu i-Great Abadi? Merupakan takaful yang direka khas untuk pelaburan yang mampu menjana kemewahan untuk peserta
8- Apa itu i-Great Amal? Merupakan takaful khusus untuk simpanan dan perlindungan ketika Haji/Umrah
9- Apa itu i-Great Iqra'? Merupakan takaful keluarga untuk tabungan pendidikan anak-anak
10- Berapakah umur minimum dan maksimum untuk mula menyertai produk Great Eastern Takaful? Minimum 30 hari dan maksimum 60 tahun untuk menyertai i-Great Amal dan 70 tahun untuk i-Great Damai
11-Berapakah Jumlah Perlindungan miminum untuk produk Great Eastern Takaful? RM 10,000
12- Berapakah caruman minimum?
i-Great Damai = RM100 sebulan
i-Great Abadi = RM 6,000 setahun
i-Great Amal = RM 50 sebulan
i-Great Iqra’=RM 100 sebulan
13- Apa itu rider? Rider merupakan manfaat atau perlindungan tambahan bagi satu-satu perlindungan yang asas
14- Apa itu medical card atau kad perubatan? Medical Card (Kad Peruabatan) merupakan manfaat yang akan membiaya kos rawatan dan perubatan peserta takaful tertakluk kepada had tahunan dan had seumur hidup yang telah dipersetujui.
15- Apa itu i-Medik Rider? Rider untuk medical card (kad perubatan)
16- Apakah yang ditawarkan oleh i-Medik Rider (Great Eastern Takaful Medical Card)? Klik sini
17- Apa itu i-Critical Illness Benefits Rider? Rider untuk mendapat pampasan apabila menghidapi salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
18- Apakah 36 Penyakit Kritikal?
clik sini
19- Apa itu i-Early Payout Critical Care Rider?
Rider untuk pampasan apabila menghidap penyakit kritikal di peringkat awal (tahap 1 atau 2).
20- Adakah saya layak menuntut pampasan untuk Rawatan Penyakit Kritikal Awal?
---------
21- Apa itu Waiting Period? Waiting period ialah tempoh masa yang ditetapkan sebelum Kad Perubatan (Medical Card) boleh mula digunakan.
22- Berapa lamakah Waiting Period?
Empat bulan sahaja.
23- Adakah pengecualian ketika Waiting Period?
Ya, ada. Untuk kes kemalangan tiada waiting period. Untuk kes demam hanya satu bulan waiting period.
No comments:
Post a Comment